Sunday, 11 February 2018

TN50 Gagasan Visi Orang Muda

Pembangunan dan perubahan terancang dilaksanakan kerajaan adalah berdasarkan gagasan yang datang daripada isi hati orang muda.

Untuk itu aspirasi orang muda untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) dikumpulkan dan akan ditapis untuk pelan tindakan orang muda berkenaan.

Asas utama melahirkan gagasan TN50 adalah untuk orang muda. Jadi, apa sahaja yang dirancangkan untuk TN50 mestilah dari sudut pandangan orang muda.

Kerajaan membuat dasar yang berasaskan kepada visi masa depan yang menepati keperluan orang muda pada masa akan datang.

Apa yang jelas, tanggungjawab sebagai pemimpin adalah bukannya bermain politik atau buat dasar jangka pendek dan populis tetapi mesti buat dasar daripada isi dan gagasan besar untuk memberi harapan kepada orang muda.

Jadi, golongan muda perlu memilih kerajaan yang memberi keyakinan nasib mereka lebih terbela pada masa hadapan.

TN50, yang diilhamkan Najib dan dicetuskan dalam Bajet 2017, sebuah gagasan baharu buat Malaysia menjelang 2050. TN50 adalah satu visi yang akan digalas anak muda, dipacu Kementerian Belia dan Sukan bagi melihat Malaysia berkembang pesat sebagai negara maju mengikut acuan dan pemikiran jitu anak muda Malaysia dengan identiti negara bangsa.

TN50 adalah satu manifestasi jelas keterbukaan kerajaan dalam mendengar suara anak muda mengenai bagaimana Malaysia ini harus dibangunkan dalam tempoh kira-kira 30 tahun lagi.

TN50 adalah visi baharu untuk menggambarkan wajah Malaysia mengikut kaca mata orang muda.

Keterbukaan kerajaan dalam merangka satu visi baharu buat Malaysia. Jelas sekali gagasan itu bererti menyerahkan kepada anak muda untuk menentukan hala tuju serta bagaimana TN50 dapat dicapai.

Memberikan peluang kepada generasi muda untuk menentukan sendiri bagaimana Malaysia harus dipacu dalam tempoh 30 tahun akan datang mengikut idea dan kemahuan golongan muda sendiri adalah satu anugerah bernilai yang perlu diterima dengan penuh kesyukuran.

Rakyat harus menerima TN50 ini sebagai satu platform untuk bersama-sama menyumbang idea bagi membentuk Malaysia dengan acuan kita sendiri tanpa sebarang pengaruh luar dan jauh daripada sebarang unsur asing.

No comments:

Post a Comment