Peluang
pekerjaan terbuka luas asal tidak memilih. Tinggal di kampung sebenarnya
peluang untuk melakukan kerja dalam bidang pertanian dan penternakan. Kawasan
di kampung masih luas dan sesuai untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
Anak
kampung atau anak peneroka tidak perlu meninggalkan kampung untuk mencari kerja
di bandar. Lainlah jika berstatus profesional yang mana peluang itu hanya di
bandar besar.
Kerja
bertani dan berternak memberi pulangan besar jika dilakukan dengan skala besar.
Kalau bertanam sekadar dua tiga baris batas dan menternak seekor lembu
memanglah tidak boleh kaya.
Cuba
buat dalam skala besar. Bertanam sehingga beberapa ekar. Ternak lembu satu
kandang sampai berpuluh dan mungkin beratus ekor. Tentu dapat pulangan untung
yang besar.
Soal
modal, ada pihak tertentu menyediakan bantuan dan khidmat nasihat. Soal kawasan
atau tapak, tentu tidak timbul masalah bagi keluarga ada tanah yang luas.
Bagi
yang tiada kawasan sendiri, boleh disewa atau dipajak dengan penduduk kampung.
Kadar sewa tidak mahal kerana banyak kawasan tidak diusahakan atau dibiarkan
terbiar. Kalau kena gaya boleh guna tanpa bayaran atau token sahaja.
Kata
orang, berbudi kepada tanah besar untungnya. Jom bertani dan berternak. Ingat,
bertani dan bertenak bukan kerja hina. Bertani dan berternak adalah perniagaan.
Untung dan laba yang besar jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.
No comments:
Post a Comment