Memandu
di lebuh raya agak selesa. Kadar kelajuan yang ditetapkan juga melebihi kelajuan
di jalan biasa. Di lebuh raya tidak sukar untuk memotong disebabkan hanya laluan
sehala. Namun, pengguna tidak beretika menyebabkan pemanduan di lebuh raya menjadi
haru biru apabila berlaku kesesakan lalu lintas.
Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong
anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak
membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.
Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.
Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.
Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

No comments:
Post a Comment