Keuntungan berlipat ganda
menyebabkan banyak orang sanggup melakukan kesalahan dan kemungkinan dikenakan
tindakan undang-undang yang berat. Ada penjenayah melakukan kesalahan sama biarpun pernah dikenakan hukuman
sebelum itu. Mungkin pihak kerajaan perlu menimbangkan menggubal undang-undang
mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah berkaitan mercun.
Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957
memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki atau
mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda
RM10,000 atau kedua-duanya.
Mereka
yang menyimpan mercun juga boleh didakwa di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta
Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan. Jika sabit kesalahan, pihak yang terlibat
boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda
nilai barangan itu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Penjualan mercun masih berleluasan
disebabkan ada permintaan daripada orang ramai, khususnya kanak-kanak. Ibu bapa
sepatutnya mengawasi anak masing-masing agar tidak terlibat bermain mercun.
Kanak-kanak tidak mengerti tentang
kecelekaan. Apa yang mereka inginkan ialah kegembiraan dan mencuba pengalaman
baru. Di sinilah peranan ibu bapa dan orang dewasa memperjelaskan kepada
kanak-kanak tentang bahaya akibat perbuatan itu.
Sikap ibu bapa dan orang dewasa yang
turut bermain mercun amat memalukan.
Mereka yang lebih-lebih berbanding kanak-kanak. Perbuatan itu tentunya
ditiru pula oleh kanak-kanak.
Dalam situasi itu tidak mungkin kita
dapat mengatakan kepada kanak-kanak bahawa bermain mercun berbahaya. Mereka
sendiri melihat orang dewasa bermain mercun, jadi apa pula salahnya mereka
turut bermain.
Penyertaan semua pihak untuk
membenteras penyeludupan, penjualan dan bermain mercun perlu dilakukan secara
menyeluruh. Tugas ini bukan tanggungjawab pihak berkuasa sahaja, bahkan lebih
penting di kalangan ibu bapa dan anggota masyarakat.
Kemeriahan Ramadan dan Syawal sepatutnya
disambut dengan meningkatkan ibadat dan melakukan perkara yang baik. Ironinya,
banyak di kalangan masyarakat Islam yang melakukan perkara yang ditegah atau
bertentangan dengan syariat Islam. Ajaran Islam tidak membenarkan penganutnya
melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya dan merugikan.
No comments:
Post a Comment