
Kesedaran keperluan menutup aurat meningkat.
Kesedaran di
kalangan wanita Islam di Malaysia terhadap keperluan menutup aurat semakin tinggi berbanding ketika negara
mula mencapai kemerdekaan. Ketika itu pengaruh budaya penjajah masih kuat
diamalkan.
Maksud menutup aurat tidak setakat
menutup bahagian badan yang dianggap aurat. Memakai pakaian yang sendat dan
penggunaan kain tertentu tidak termasuk dalam erti menutup aurat.
Ini kerana memakai pakaian sendat
atau ketat sehingga kelihatan seperti melekat di badan pemakainya akan
menampakkan semua tempat bentuk tubuh badan. Keadaan itu sama seolah-olah seperti
pemakainya tidak berpakaian.
Pemilihan pakaian yang longgar dan
labuh perlu bagi menepati maksud menutup aurat. Memakai pakaian longgar lebih
selesa dan sesuai untuk menjaga kesihatan.
Banyak kesan sampingan berkaitan
kesihatan timbul seperti pengedaran darah tidak lancar, ruam kulit dan
perpeluhan terganggu jika memakai pakaian ketat. Malah pergerakan juga jadi
tidak selesa serta mengganggu emosi.
Pemilihan fabrik atau kain juga
penting bagi tujuan menutup aurat. Fabrik yang digunakan mesti tebal yang
menghalang pemandangan dapat melihat bahagian badan pemakainya.
Penggunaan
fabrik yang nipis dan jarang akan menyebabkan bahagian badan dapat dilihat
dengan jelas oleh orang lain, yang sekaligus menafikan maksud menutup aurat.
Satu lagi ciri fabrik untuk busana
wanita Islam ialah tidak ‘melekat’ di bahagian badan.
Terdapat jenis fabrik
yang lembut dan licin akan menampakkan bentuk badan pemakainya biarpun
digunakan untuk fesyen yang longgar.
Menutup aurat tidak hanya kepada
wanita, bahkan juga kepada lelaki. Bezanya aurat bagi lelaki dari lutut hingga
pusat, sedangkan wanita seluruh bahagian badan, kecuali wajah dan dua tapak
tangan.
Maka, lelaki juga perlu mengambil berat soal aurat apabila berada di
khalayak ramai.
No comments:
Post a Comment