Nama "serusup" diambil daripada nama sejenis pokok yang dipanggil pokok serusup dalam bahasa Bajau. Pokok serusup banyak terdapat di kampung tersebut suatu ketika dahulu.
Pokok ini dahulunya amat popular di kalangan penduduk kampung kerana buahnya boleh dimakan. Selain boleh dimakan buahnya juga sering digunakan sebagai mainan kanak-kanak sebagai peluru senapang buluh yang akan mengeluarkan bunyi ketika dimainkan.
Majoriti penduduk yang mendiami Kampung Serusup adalah masyarakat Bajau iaitu satu daripada etnik asli Sabah. Suatu masa dahulu penduduk kampung ini hanya melalui sungai dengan sampan atau perahu sebagai alat perhubungan. Ketika itu tiada kemudahan jalan raya.
Keadaan dan suasana ini telah banyak mengalami perubahan. Pihak kerajaan telah mengambil berat terhadap kehidupan rakyatnya dan telah membangunkan kemudahan-kemudahan asas yang amat diperlukan oleh masyarakat kampung seperti bekalan elektrik, air paip, jalan raya, klinik kesihatan, sekolah, masjid dan kemudahan asas yang lain.
Pulau Gandang merupakan satu daripada tempat yang menarik di Kampung Serusup. Ia terletak di pedalaman Kampung Serusup dan menjadi tumpuan pelancong.
Antara faktor yang menjadi punca utama ia menjadi daya tarikan adalah tempatnya sangat menarik iaitu air laut yang bersih dan berwarna biru.Tempat ini sangat sesuai untuk memancing dan untuk berkelah dan melakukan aktiviti pantai.
Pengunjung ke Kapung Serusup juga berpeluang melawat Taman Buaya Tuaran yang terletak tidak jauh dari kampung berbenaan.
Taman Buaya Tuaran adalah di antara pusat pelancongan yang ada di daerah Tuaran, terletak berhampiran dengan Kampung Serusup. Tempat ini terdapat pelbagai jenis buaya dan binatang lain seperti kura-kura, ular, kancil, arnab dan pelbagai lagi sebagai tatapan umum.
Selain itu, taman ini juga mempunyai beberapa aktiviti seperti persembahan buaya, persembahan tarian kebudayaan dan juga menjual pelbagai produk berasaskan produk daripada buaya.

The way you explain a complex topic in an easy-to-understand way is really impressive. Keep it up.
ReplyDeletecarton paper box supplier malaysia
display paper box manufacturer malaysia
food packaging box supplier malaysia