Banyak
kes kemalangan berlaku melibatan binatang ternakan dibiarkan bebas merayau sehingga
menyebabkan pemandu dan penumpang kenderaan mendapat cedera dan ada yang
meninggal dunia.
Kemalangan
melibatkan haiwan banyak berlaku terutama pada waktu malam kerana haiwan
ternakan berada di atas jalan raya untuk merasai wap panas atau haba dari tar.
Selain
itu, haiwan berada di kawasan jalan raya pada waktu malam kerana ingin pulang
ke tempat tinggal.
Kerugian
bukan sahaja dialami pemandu kenderaan, bahkan haiwan ternakan juga mati akibat
pelanggaran itu.
Sikap
penternak membiarkan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing berkeliaran membuktikan
tidak prihatin kepada keselamatan pengguna jalan raya. Mereka hanya
mementingkan diri sendiri untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah.
Jika
berlaku kemalangan, pemilik ternakan biasanya tidak akan mengaku bahawa itu
ternakan mereka untuk mengelak pemilik kenderaan menuntut ganti rugi.
Binatang
ternakan sepatutnya diternak di tempat khusus atau ditambat bagi mengelak
haiwan itu mendatangkan bahaya kepada pihak lain.
Mengikut
hukum fikah, cara menternak haiwan secara dibiarkan bebas merayau menyebabkan
gangguan kepada orang ramai dan mendatangkan bahaya adalah haram. Maka hasil
daging atau jualan ternakan itu juga adalah haram.
Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan
menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suapan makanan yang tidak halal diisi ke
perut akan memberi kesan kepada nilai dan kualiti hidup seseorang.
Ajaran Islam amat mementingkan agar setiap penganutnya hanya memakan atau
menggunakan sumber yang diperoleh secara halal.
Firman Allah SWT bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang
beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang
halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya
menyembah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).
Ternak
lepas atau ternak bebas merupakan satu kaedah penternakan yang mana haiwan
ternakan dilepaskan ke lapangan pada waktu-waktu tertentu daripada dikurung sepanjang
masa.
Di
kebanyakan ladang, kawasan lapang untuk ternakan merayau-rayau adalah berpagar,
maka secara teknikal tempatnya adalah kurungan.
Akan
tetapi, sistem ternak lepas biasanya menawarkan peluang untuk mendapat
pergerakan yang lebih luas dan cahaya matahari yang sering dihambat oleh sistem
perkandangan berteduh.
No comments:
Post a Comment