Mendaulatkan
Islam dalam urusan pemerintahan dilakukan berdasarkan hukum Islam sepertimana
terkandung di dalam al-Quran, al-Sunah, kias dan sumber hukum lain yang
diterima dalam Islam.
Perlaksanaan
hukum Islam penting kerana satu perintah daripada Allah SWT sepertimana firman
dalam surah al-Nisa, ayat 105 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepdamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran dengan
membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang
Allah telah tujukkan kepdamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi
pembela bagi orang-orang yang khianat.”
Hukum
Islam sebenarnya bukan hanya dalam bentuk hukum semata-mata, tetapi merangkumi
semua aspek perlaksaan seperti cara pemerintahan, urusan muamalat, munakahat,
ekomomi, politik dan sebagainya berkaitan kehidupan manusia bermasyarakat dan
melaksanakan tugas sebagai khalifah.
Perlaksanaan
hukum dalam melaksanakan hukum atas kesalahan seperti yang ditetapkan Islam
termaktub dalam bentuk hudud, qisas, diyat dan takzir berdasarkan bentuk-bentuk
kesalahan dan cara pembuktian serta perlaksanaan.
Contohnya,
perlaksanaan hudud dipindahkan kepada takzir sekiranya tidak memenuhi syarat
ditetapkan seperti saksi dan hal-hal lain yang berkaitan.
Manusia
perlu mematuhi peraturan ditetapkan Allah SWT sesuai dengan kedudukan sebagai
hamba-Nya yang tidak dibeza-bezakan dari segi jantina, warna kulit, kaum dan
taraf kehidupan.
Sesungguhnya semua manusia dipandang sama di sisi Allah SWT melainkan yang
membezakan ialah tahap ketakwaan.
Sesungguhnya
manusia tidak mampu untuk melakukan tugas sebagai khalifah sekiranya tidak ada
panduan diberikan oleh Allah SWT dan panduan daripada Rasulullah SAW. Maka itu,
adalah perlu bagi pemimpin dan rakyat di negara Islam mendaulatkan hukum
Islam.
Tidak
ertinya digelarkan sebagai negara Islam sedangkan ia ditadbir dan kehidupan
rakyatnya tidak mencerminkan ciri-ciri Islam.
Imam
al-Mawardi menuturkan sebuah riwayat dari Nabi SAW bahwa baginda pernah
bersabda, “Semua hal yang ada di dalam Darul Islam menjadi terlarang
(terpelihara), sedangkan semua hal yang ada di dalam dâr asy-syirk telah
dihalalkan.”
Maksudnya,
semua orang yang hidup di dalam negara Islam, harta dan darahnya terpelihara.
Harta penduduk negara Islam tidak boleh dirampas, darahnya juga tidak boleh
ditumpahkan tanpa ada alasan yang syarie.
Sebaliknya,
penduduk negara kufur, maka harta dan darahnya tidak terpelihara, kecuali ada
alasan syarie yang mewajibkan kaum muslim melindungi harta dan darahnya.
Di
Malaysia hari ini kedudukan Islam melalui perlaksanaan syariatnya terjamin
melalui peruntukan Perlembagaan Negara dalam Perkara 3 yang menyebut bahawa
agama Islam adalah agama Persekutuan yang memberi banyak kelebihan dalam
perlaksanaan sisterm pemerintahan negara.
Gambar di Pantai Cahaya Bulan sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment