Setiap
pohon pisang hanya menghasilkan satu tandan buah pisang yang berasal dari satu
jantung atau kelompok bunga pisang. Kerana itulah, jantung pisang lebih sukar
didapati di pasaran dibandingkan dengan buahnya.
Setelah
pisang mulai berbuah, kelompok bunga yang ada di bahagian bawah dikenal dengan
nama jantung pisang akan tertinggal.
Jantung
pisang perlu dipotong atau dibuang agar tidak menyebabkan tumbesaran buah
menjadi kurang membesar.
Jantung
pisang yang dipotong boleh dimanfaatkan. Jantung pisang boleh dimakan dan kaya
khasiat.
Tiap
25 gram jantung pisang, mengandung 31 kkal kalori, 7.1 gram karbohidrat, 0.3
gram lemak, dan 1.2 gram protein. Selain itu, ada kandungan mineral (fosfor,
kalsium, dan zat besi) serta vitamin (A, B1, dan C), dan serat.
Jantung
pisang baik dimakan oleh orang yang sedang diet lemak kerana rendah lemak dan memberi rasa kenyang lebih
lama.
Pengidap
diabetes juga boleh makan jantung pisang kerana indeks glikemik (GI) nya
rendah.
Kandungan
serat dalam jantung pisang dapat memperlancar pencernaan serta mengikat lemak
dan kolesterol untuk dibuang bersama kotoran. Juga dapat mencegah penyakit
jantung dan stroke kerana dapat memperlancar pengaliran darah dan bersifat
antikoagulan (mencegah penggumpalan darah).
Tidak
semua jenis pisang memiliki jantung yang enak dimakan. Terdapat jenis jantung
pisang yang rasanya agak pahit kerana memiliki kadar tannin tinggi.
Antara
jenis jantung pisang yang sesuai dimakan ialah dari jenis pisang kelat lega, kebatu,
kapas, gala dan kebatu.
Jenis
jantung pisang yang enak dimakan ini memiliki kadar protein lebih tinggi dari
pisang lainnya. Protein menghasilkan rasa gurih yang dapat mengalahkan rasa
pahit dari tannin.
Untuk
digunakan, kupas kelopak luar jantung pisang yang berwarna merah sampai tinggal
bahagian dalamnya yang berwarna putih kemerahan. Setelah itu, belah dua, potong
memanjang, iris-iris, cuci bersih, lalu rebus.
Jantung
pisang juga sedap dibakar. Bakar jantung pisang yang belum dibuang kelopak
luarnya sehingga matang, kupas kulitnya, kemudian belah dua dan iris. Gunakan
pisau yang telah dilumur minyak masak kerana jantung pisang agak bergetah.
Jantung
pisang dapat dimakan sebagai ulam atau dijadikan sebahagian bahan membuat menu
masakan seperti gulai dan acar.
No comments:
Post a Comment