Tentera Darat Malaysia melalui Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) diaturgerakkan bagi membantu pemindahan mangsa banjir di Kampung Dangi, Kuala Pilah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Dangi dan SK Kuala Pilah.
Walaupun keadaan hujan tanpa henti, misi bantuan terus dilaksanakan demi keselamatan penduduk setempat. Pemantauan masih diteruskan oleh pasukan 15 RAMD bagi membantu penduduk berpindah ke PPS.
Sumber FB Tentera Darat Malaysia
3 Januari 2021
No comments:
Post a Comment