Monday, 20 December 2021

SEJARAH BANJIR BESAR MELANDA KELANTAN

 
Setiap tahun Kelantan dilanda banjir. Bezanya tahap atau keadaan banjir tidak sama. Pada tahun tertentu mungkin banjir besar berlaku dan pada tahun lain pula sekadar ’air menuh’.

Begitu juga tahap banjir di sesuatu kawasan. Ia tidak sama biarpun berada dalam daerah atau jajahan yang sama. 

Penduduk yang mengalami banjir biasanya hanya yang tinggal berhampir tebing sungai dan kawasan rendah. Sedangkan yang lain langsung tidak terjejas biarpun hujan lebat di kawasan tersebut. 

Banjir 2014 dianggap terbesar dalam sejarah beberapa puluh tahun. Itu pun hanya melibatkan beberapa kawasan tertentu saja.

Bahkan ada penduduk yang menyatakan bahawa banjir 2014 di kawasannya adalah yang terburuk dalam tempoh 50 tahun.  

Macam-macam tafsiran dibuat oleh penduduk yang mendiami di sesuatu kawasan. Tetapi rata-rata menyatakan banjir 2014 antara yang terburuk untuk sekurang-kurangnya 10 atau 20 tahun. 

Kawasan paling terjejas bah tahun 2014 ialah Rantau Panjang dan Pasir Mas. Untuk kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas (sebenarnya satu jajahan yang dikenali Pasir Mas), lebih 10000 penduduk dipindah.

Jajahan lain yang mengalami bah teruk ialah Tumpat dengan hampir 4000 mangsa, Kuala Krai 3000 dan Gua Musang 4000 orang. 

Kawasan jajahan Gua Musang dianggap paling mengejutkan. Biasanya jajahan ini hanya mengalami banjir yang tidak melibatkan jumlah mangsa yang ramai.

Sebab itu, berdasarkan pemerhatian penduduk ada yang mengatakan tahap banjir di kawasanya di Gua Musang adalah yang terburuk dalam tempoh 65 tahun!

Mengapa banjir tahun 2014 begitu teruk, sedangkan hujan dianggap biasa seperti tahun-tahun sebelum ini atau kalaupun adalah pertambahan sedikit saja.

Ada yang mengaitkan kejadian itu berpunca tidak ada pengurusan baik dari segi perparitan dan saliran, terutama yang terjadi di kawasan perumahan. Air naik mendadak yang lebih bersifat sebagai banjir kilat. Ia hanya melibatkan kawasan perumahan berkenaan, sedangkan jiran yang berdekatan tidak mengalami banjir.   

Bagi yang tinggal di kawasan tepi sungai, air mengalir laju disebabkan banyak kawasan telah digondolkan. Hutan atau pokok yang berperanan mengecah alir hujan mengalir laju telah tiada.

Sebab itu, air yang mengalir memasuki sungai dan seterusnya laut dalam keadan keruh yang mengandungi kumin-kumin tanah.

Banjir basar lain melanda Kelantan ialah Bah Merah (1926), Bah 1969 dan Bah 2004.

No comments:

Post a Comment