Restoran
Sri Tanjung Pulau Renjuna. Kepada yang ingin pengalaman menikmati hidangan
makan di kawasan pulau di tepi sungai yang damai dan sesekali mendengar enjin
bot, berkunjung ke Restoran Sri Tanjung adalah pilihan terbaik.
Restoran
Sri Tanjung terletak di tepi sungai laluan bot yang menjadi pengangkutan utama
penduduk di Kepulauan Delta Sungai Kelantan.
Pengunjung
boleh ke sana dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu atau melalui Jeti
Kok Majid, Tumpat. Ada bot penambang yang menyediakan perkhidmatan membawa
penumpang yang fungsinya seperti teksi air.
No comments:
Post a Comment