Tuesday, 14 June 2022

MAKSUD ‘NGERI’ DIALEK KELANTAN

 
Perkataan ‘ngeri’ dan ‘perit’ kerap digunakan di kalangan penutur dialek Kelantan. Maksud ‘ngeri’ adalah sesuatu yang keadaan atau kejadian yang menimbulkan perasaan takut berdasarkan kepada fakta atau cerita daripada orang lain, sedangkan orang yang berasa ‘ngeri’ itu tidak pernah melaluinya.

Sedangkan maksud ‘perit’ adalah sesuatu yang keadaan pernah dialami yang tidak disukai, menyakitkan atau menyusahkan.

Jadi, keadaan 'ngeri' yang pernah dialaminya, ia akan ‘bertukar’ kepada ‘perit’ yang tidak mahu lagi dialami.

Gambar: Ubi keladi setawi atau ubi keladi telur

No comments:

Post a Comment