Monday 20 June 2022

TELUR DINOSOUR POKOK KRIE TALI AIR

 
Nama perniagaan dan produk turut membantu dalam melariskan perniagaan. Sebab itu, macam-macam nama lahir yang menjadi identiti kepada sesuatu perniagaan.

Nama pelik dan lain dari yang lain biasanya menjadi pilihan. Dengar nama sahaja orang sudah tertarik dan ingin mengetahui lanjut.

Pernah tak anda makan telur dinosour? Kalau tidak pernah, elok mencubanya di Telur Dinosour Pokok Krie Tali Air di Kampung Baru Wakaf Che Yeh.

Lain macam namanya, tentu sekali lain macam juga rasanya.

Telur Dinosour Pokok Krie Tali Air terletak di tepi jalan utama Kota Bharu – Kuala Krai, kawasan pembangunan baharu di Kampung Tunjung. Kalau dari Wakaf Che Yeh menuju ke Mulong, kedudukan kedainya di sebelah kiri, berhampiran dengan tali air.

Selamat menikmati telur dinosour dan menu lain yang sedap belako.

No comments:

Post a Comment