Pasar Terapung Sri Tanjung, Pulau Renjuna,
Tumpat semakin dikenali. Biarpun baharu beropersi awal Jun 2022, popularitinya sudah cukup terkenal sama di kalangan penduduk Kelantan, mahupun luar dari Kelantan. Pengunjung datang secara individu, keluarga dan berkumpulan.
Sri Tanjung bermula dengan operasi restoran di satu lokasi di Pulau Renjuna. Kemudian berkembang menjadi chelet dan
kem untuk kursus dan aktiviti berkumpulan di samping menyediakan kemudahan
menyewa peralatan rekreasi seperti basikal dan kayak.
Pasar Terapung Sri Tanjung beroperasi dua hari
seminggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu.
Masa operasi pasar terapung pada
setiap Jumaat dan Sabtu bermula pukul 08.00 pagi sehingga 05.00 petang.
Berkunjung ke Pasar Terapung Sri Tanjung
memberi peluang pengunjung merasai pengalaman membeli-belah seperti berada di
negara jiran iaitu Hatyai dan Bangkok di Thailand.
Pasar ini terkenal kerana mempunyai deretan
bot-bot kecik yang diletakakan di tepi-tepi sungai malah yang lebih menarik
lagi bot-bot ini juga turut menjual pelbagai jenis makanan serta minuman. Selain
itu terdapat gerai di atas darat menjual pelbagai jenis barangan.
Pasar Terapung Sri Tanjung dengan slogan
Ringkas, Segar, Semula Jadi menampilkan suasana pulau yang diurus dengan
mengekalkan persekitaran ringkas, segar dan semula jadi.
Pelbagai jualan dan barangan yang
berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang
datang dengan harga yang sangat berpatutan. Selain makanan tradisional,
pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta barangan dari negara
jiran yang turut dijual di sini.
Pengunjung boleh ke sana dengan mendapatkan
khidmat bot di Jeti Kuala Besar yang berada di jajahan Kota Bharu, atau Jeti
Kok Majid di jajahan Tumpat.
Perkhidmatan bot tidak berjadual itu bukan
sahaja menyediakan perkhidmatan untuk ke Pasar Terapung Sri Tanjung, bahkan
juga ke destinasi lain di kepulauan tersebut atas permintaan pengunjung dan persetujuan
jurubot.
Pengunjung ke Pasar Terapung Sri Tanjung
juga boleh meneroka keindahan pulau dan suasana penduduknya sama ada dengan
kembara berjalan kaki (hiking), berbasikal (boleh disewa) atau menggunakan
khidmat bot untuk melawat pulau-pulau lain yang terdapat di delta Sungai
Kelantan.
No comments:
Post a Comment