Friday, 29 July 2022

HUTAN LIPUR LATA BELATAN

 
Hutan Lipur Lata Belatan sememangnya destinasi yang harus dikunjungi terutama bagi pencinta alam semula jadi dan air terjun yang memukau.

Terletak kira-kira 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu. Hutan Lipur Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer.

Hutan Lipur Lata Belatan terletak di daerah Besut. Ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu.

Di kunjungan penduduk tempatan dan pelancong asing yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi di sini. Selain air terjun yang cukup mengujakan itu, di bahagian bawah air terjun ini terdapat satu sungai yang jernih tanpa batu-batuan.

Jadi, jika anda datang bersama anak yang masih kecil, ia antara tempat yang selamat untuk mereka berendam sambil bermain air.

Bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung pelbagai kemudahan disediakan termasuklah gerai, tapak perkhemahan, tempat letak kenderaan dan tandas.

Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibu pejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk adalah dikenakan kepada pengunjung.


No comments:

Post a Comment