Friday 22 July 2022

SULTAN AHMAD TENGKU LONG SULONG RAJA KELANTAN 1886

 
Sultan Ahmad salah seorang sultan pemerintah Kelantan pada masa dahulu. Nama asal baginda ialah Tengku Long Sulong atau Long Ahmad, iaitu anak sulung Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II).

Baginda menaiki takhta pada tahun 1886 menggantikan Sultan Muhammad II. Sebelum itu, pada 1869, baginda dilantik Raja Kelantan, iaitu pewaris takhta pertama oleh Sultan Muhammad II.

Pada 1887, baginda membina Istana Jahar. Ia menjadi salah satu lokasi menarik di Kota Bharu ialah Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 bertempat di Istana Jahar, Kota Bharu. Muzium ini terletak berhampiran Masjid Muhammadi dan Istana Balai Besar.

Istana Jahar dahulunya merupakan istana tempat bersemayan Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV (1920 – 1944).

Upacara perasmian Muzium Adat Istiadat telah disempurnakan oleh Sultan Ismail ibni Sultan Yahya Petra pada 27 Julai 1992.

Istana Jahar kini merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA- 645).

Di Muzium Adat Istiadat dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. 

Bangunan ini sendiri telah melambangkan seni reka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal.

Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment