Teh
tarik mengandungi susu pekat manis. Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan
bahan penyedap antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan
berlebihan pada setiap hari.
Masyarakat
Malaysia mengambil 30 gram (tiga sudu) susu pekat manis setiap hari bersamaan
dengan 16 gram gula.
Mengikut
perkiraan, segelas kecil teh tarik (180 mililiter) yang biasanya menggunakan
empat sudu susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilo kalori tenaga,
protein dan lemak. Ia menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat.
Terdapat
enam jenis susu tin iaitu susu sejat penuh krim (krimer manis), susu pekat
manis penuh krim, susu isian sejat, susu isian manis, krimer sejat dan krimer
manis.
Biasanya,
di kedai-kedai kebanyakannya pengusaha menggunakan susu pekat manis penuh krim.
Susu jenis itu telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula.
Kebiasaanya
ramuan utamanya bukan susu tapi gula. Jadi, terjawablah mengapa negara kita
ramai yang obes atau kencing manis.
Manakala
teh mengandungi antioksidan lapan hingga 10 kali lebih tinggi daripada buah dan
sayur.
Bagaimanapun,
kajian itu menunjukkan, apabila teh dicampur dengan susu atau krimer, maka
kesan antioksidan akan berkurangan.
Sifat
teh sangat baik. Selain memiliki polifenol, ia juga terkandung flavanoid
seperti theaflavin, epicatechin, epigallocatechin dan
epigallocatechin-3-gallate yang memberikannya unsur khasiat yang bagus kepada
kesihatan.
Namun,
apabila teh ditambah dengan gula berlebihan (susu), ia boleh mengakibatkan
pengambilan tenaga yang berlebihan sekali gus menyebabkan masalah kegemukan.
No comments:
Post a Comment