Kampung
Kedai Buloh terletak kira-kira 9 kilometer dari bandar Kota Bharu. Ia termasuk
dalam pentadbiran daerah Badang, jajahan Kota Bharu, negeri Kelantan.
Kampung
Kedai Buloh, antara kampung tradisi terawal di tebing Sungai Kelantan yang mana
asalnya banyak penduduk terlibat dalam pekerjaan sebagai nelayan sama ada
meningkat ikan di laut mahupun di sungai.
Di
kampung tersebut terdapat jeti untuk menurunkan ikan nelayan laut dan industri
berkaitan ikan seperti membuat keropok ikan dan memproses ikan kering.
Di
Kampung Kedai Buloh kini terkenal dengan Medan Ikan Bakar yang menyajikan
pelbagai jenis ikan bakar dan makanan lain yang menarik minat orang
ramai berkunjung di situ.
Kampung Kedai Buloh menjadi tumpuan penduduk kampung sekitar seperti Kampung Pulau Pisang, Kampung Keseng, Kampung Pulau Kundor, Kampung Pantai Kundor dan Kampung Pantai Mek Mas untuk mendapat keperluan harian. Terdapat stesen minyak yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapat bekalan minyak bagi kenderaan masing-masing.
No comments:
Post a Comment