Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) adalah
sebuah acara tahunan yang diadakan pada bulan November setiap tahun di
Malaysia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penglibatan semua pihak dalam
mengukuhkan institusi keluarga dalam sosioekonomi negara.
Sesebuah negara akan menjadi hebat melalui
penerapan nilai murni yang dipupuk bermula dari institusi keluarga. Penerapan
nilai murni, menjadi asas kepada pembentukan masyarakat dan negara Madani.
Negara Madani boleh dipupuk dan diangkat
bermula dari institusi keluarga. Penerapan itu yang bermula dari institusi
keluarga, menjadikan masyarakat Malaysia terlatih untuk berkasih sayang dan
bersifat rahmah.
Dunia sekarang seperti mana dipaparkan
saban hari tentang kekejaman dan keganasan di Gaza membuatkan kita tersentuh
hati nurani, sebab kita dilatih untuk kenal apa itu ihsan, kasih sayang, rahmah
dan erti kemanusiaan.
Penerapan nilai, akhlak dan kemanusiaan
tidak boleh diabaikan, dalam usaha membina negara kerana tanpanya amalan
kemungkaran, rasuah dan penyelewengan akan berleluasa.
Kadang-kadang dalam membina negara
nilai-nilai ini tidak sangat ditekankan, sebaliknya yang sering ditekankan
ialah soal pembangunan, ekonomi dan pekerjaan. Itu petanda keruntuhan atau
bibit-bibit permulaan keruntuhan sesebuah negara.
Kejayaan pembinaan institusi keluarga turut
menjadi penanda aras penilaian terhadap keupayaan kepimpinan seseorang
pemimpin.
Nilai-nilai murni menjadi tunggak dan perlu
dipupuk sejak awal menerusi institusi kekeluargaan. Ia sekali gus, mengangkat
tamadun negara seiring kemajuan pembangunan, dengan meninggalkan amalan rasuah
dan penyelewengan.
Sebab Madani menekankan soal nilai, akhlak
dan kemanusian, yang mana dalam pembinaan negara tidak ditekanka kerana
ditekankan pembangunan, ekonomi. Semua itu penting tetapi negara akan menjadi
hebat apabila tamadun terangkat jika dipupuk nilai terdirinya tamadun besar
tetapi sebaik saja nilai itu runtuh, negara boleh maju, teknologi makin tinggi
tapi nilai mulai runtuh menyebabkan kemungkaran, rasuah penyelewengan
diizinkan. Itu petanda bibit permulaan runtuhnya tamadun .Dari mana kita pupuk
ini? Dari keluarga.
No comments:
Post a Comment