Semit atau semitik adalah merujuk kepada
bangsa yang bertutur dalam bahasa Semit iaitu seperti bahasa Ibrani, Arab dan
beberapa bahasa kuno.
Perkataan antisemitik atau antisemitisme
digunakan oleh orang Yahudi untuk merujuk kepada mana-mana pihak yang
menunjukkan sikap permusuhan atau prasangka terhadap bangsa tersebut.
Prasangka terhadap Yahudi oleh pihak
antisemitik merangkumi dalam bentuk penganiayaan atau penyiksaan terhadap
agama, etnik dan kelompok ras. Sikap anti itu ditujukan kepada individu dan
kelompok.
Istilah yang dianggap Yahudi sebagai
antisemitik adalah seperti anti-Yahudi, anti-Zionis dan anti-Israel.
Hakikat sebenar perkataan antisemitik
adalah ditujukan kepada semua bangsa Semit. Namun, orang Yahudi terlebih “terasa”
itu sebagai menunjukkan kebencian terhadap bangsa Yahudi.
Malah, bangsa Yahudi menganggap perkataan
antisemitik sebagai lebih saintifik atau lebih akademik berbanding perkataan “Judenhass”
(benci-Yahudi” yang telah tular di Jerman pada akhir abad ke-19.
Kamus Merriam-Webster mendefinisi “antisemitisme”
sebagai seseorang yang berpendirian yang tidak bersetuju dengan fahaman dan
cara hidup penganut agama dan bangsa Yahudi.
Jelas sekali definisi tersebut tidak
menyatakan ia satu pemusuhan terhadap kaum Yahudi.
Hakikatnya, Yahudi secara berterusan
melabelkan pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai antisemitik, termasuklah
apabila menentang tindakan ganas tentera Israel terhadap rakyat Palestin.
Malaysia pernah dilabelkan sebagai
antisemitik fanatik oleh kerajaan Israel. Hakikatnya, dari segi diplomatik,
Malaysia menentang tindakan ganas tidak berperikemanusiaan tentera Israel
terhadap rakyat Palestin.
Malaysia bukan menentang atas dasar bangsa
Yahudi. Ada orang Yahudi beragama Islam. Malah, ada orang Yahudi yang menyokong
dan menjadi aktivis Palestin.
Kaum Yahudi bukan sahaja tinggal di Israel,
bahkan di seluruh dunia sebagai warganegara di negara mereka tinggal. Justeru,
Malaysia tidak menghalang kaum Yahudi memasuki Malaysia sekiranya dia bukan
warganegara Israel, kerana kemasukkan mereka menggunakan pasport dari negara yang
diiktiraf.
Malaysia menentang sebarang bentuk
keganasan tanpa mengira ia dilakukan oleh mana-mana kaum atau negara sekalipun.
Ia selaras dengan ajaran Islam yang menentang sebarang bentuk keganasan,
penindasan dan ketidakadilan.
No comments:
Post a Comment