Monday, 11 May 2026

SEJARAH PENTERNAKAN BABI DI TERENGGANU

 
Sejarah penternakan khinzir di Terengganu bermula melalui kegiatan sara diri oleh masyarakat kaum Cina. Hinggalah wujudnya ladang penternakan babi komersil di pinggir Kuala Terengganu.

Namun bermula tahun 1990, pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN), Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar telah menguatkuasakan larangan penternakan haiwan berkenaan di Terengganu.

Ladang komersil terakhir kemudiannya ditutup pada tahun tersebut.

Apabila berlaku gelombang reformasi ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1998-1999, pentadbiran Terengganu telah bertukar tangan.

Pada 2001, di bawah kepimpinan PAS, Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Abdul Hadi Awang telah membenarkan semula penternakan khinzir di negeri itu.

Alasannya penternakan haiwan itu adalah hak bukan Islam. Bagi beliau, tindakan melarang penternakan khinzir adalah tidak bersandarkan hujah agama.

Selain itu beliau juga berpandangan larangan pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar adalah bermotif politik dan bermatlamat mahukan undi orang Islam semata-mata.

Walaupun kerajaan Terengganu telah membenarkan penternakan semula haiwan berkenaan, namun tiada ladang komersil dibuka.

Ini kerana permintaan dalam negeri yang rendah. Orang bukan Islam juga masih mampu memperoleh bekalan daging khinzir daripada ladang ternakan di negeri lain.

Apabila kerajaan Terengganu sekali lagi bertukar tangan pada 2004, Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh telah melarang kembali penternakan haiwan tersebut

Larangan ini kemudiannya diikuti oleh menteri-menteri besar selepasnya.

Hingga sekarang Terengganu kekal bebas daripada penternakan haiwan itu.

Sumber FB Greater Terengganu Development (10 Mei 2026)

No comments:

Post a Comment