Tuesday, 17 June 2025

KERETA API PERSIARAN TAIWAN

 
Taiwan menggunakan kereta api lama sebagai tarikan pelancong. Taiwan mengalami kemajuan perkembangan perkhidmatan kereta api yang pesat. Berubah dari kereta api diesel kepada elektrik dan kereta api laju meliputi keseluruhan negara pulau tersebut.
 
Kereta api lama tidak kesemuanya dilupuskan. Sebaliknya ada yang dikekalkan sebagai kereta api pelancongan atau kereta api persiaran. Ia bukan sahaja untuk pelancong, tetapi satu warisan dan kenangan mereka yang pernah menaikinya.
 
Kereta api tersebut dikendalikan oleh Taiwan Railways Administration (TRA), tetapi urusan promosi dan mendapatkan pelanggan diuruskan oleh agensi pelancongan. 
 
Perjalanan adalah dari pantai barat ke pantai timur dan sebaliknya. Masa perjalanan sehala lebih kurang tiga jam setengah.
 
Lokomotif diesel R100 atau dikenali kereta api biru mengekalkan keadaan asal, hanya diubah suai sedikit sahaja di bahagian gerabak penumpang.
 
Sepanjang perjalanan penumpang berpeluang menikmati pemandangan indah kampung, hutan dan tepi Lautan Pasifik. Kereta api ini turut melalui kawasan terowong sejauh lapan kilometer. Tempoh untuk membina terowong tersebut dikatakan mengambil masa lapan tahun.

No comments:

Post a Comment