Wednesday, 11 June 2025

MASJID PEKAN KOTA BELUD

 
Masjid Pekan Kota Belud adalah masjid utama di Kota Belud, Sabah. Masjid ini berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
 
Masjid Pekan Kota Belud dibina di atas tapak berkeluasan 0.205 hektar. Pembinaannya bagi menggantikan masjid lama yang dibina daripada kayu yang hanya boleh menampung seramai 500 orang jemaah sahaja.
 
Pada peringkat awal, usaha yang dilakukan dengan memohon sumbangan daripada orang ramai. Jumlah dana yang dapat dikumpul adalah sebanyak RM1 juta, termasuk sumbangan kerajaan negeri.
 
Masjid Pekan Kota Belud diguna secara rasmi pada tahun 1977, sewaktu solat Hari Raya Aidiladha 1398H.
 
Masjid ini aktif melakukan pelbagai aktiviti keagamaan yang melibatkan masyarakat Islam setempat. 
 
Pekan Kota Belud ialah salah satu daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah. Jarak pekan Kota Belud ke bandar Kota Kinabalu adalah kira-kira 77 kilometer. Kota Belud menjadi latar belakang sebagai tempat melihat keindahan landskap Gunung Kinabalu.
 
Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau Samah, iaitu "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai "Kubu Pertahanan di atas Bukit".

No comments:

Post a Comment