Labi-labi mempunyai cengkerang lembut. Ciri-ciri utama lain labi-labi termasuklah muncung hidung yang
panjang, serta kaki yang berselaput untuk berenang.
Labi-labi boleh menjadi agresif jika diganggu, dan gigitannya agak kuat.
Walaupun tidak tergolong sebagai spesies terancam secara kritikal, labi-labi malaya berdepan ancaman seperti kehilangan habitat akibat pembangunan, pencemaran air, dan pemburuan untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan.
Justeru, adalah dilarang sama
sekali untuk diburu, memiliki dan menjualnya kecuali berlesen bagi beberapa
spesies dan hanya dibenarkan menangkap menggunakan sauk.
Selain itu, ada hak istimewa bagi Orang Asli iaitu
dibenarkan memburu tanpa lesen hanya untuk makanan sendiri, namun menjual atau
serah pada orang lain (bukan Orang Asli) tetap satu kesalahan.
No comments:
Post a Comment