Ada
sejenis herba dinamakan hempedu bumi yang diertikan sesuatu yang pahit dari bumi.
Sedangkan cecair hempedu di badan dikeluarkan oleh hati dalam bentuk cecair ke
dalam sistem penghadaman.
Rasa
pokok hempedu bumi memang pahit. Sebab itu ia dikenali ‘raja herba pahit’.
Sesiapa yang boleh mengunyah dan menelan daun hempedu bumi dianggap bahagian
lidah yang merasa telah ‘rosak’. Begitulah gambaran betapa pahit rasa hempedu bumi.
Nama
lain hempedu bumi ialah akar cerita, pokok cerita atau empedu tanah yang nama
saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae merupakan
tumbuhan herba semusim.
Ia ditanam bagi kegunaan
perubatan secara tradisional. Keseluruhan tumbuhan seperti daun dan akar
digunakan bagi tujuan perubatan untuk merawat jangkitan dan beberapa penyakit.
Hempedu
bumi juga dikenali dengan nama Sambiloto atau Sambiroto di Indonesia,
Hempedu
bumi kaya khasiat perubatan. Ia telah digunakan sejak turun temurun. Antara
khasiat hempedu bumi ialah:
-
Menurun darah tinggi.
-
Merawat kencing manis.
-
Merawat luka.
-
Merawat selesema.
-
Mengatasi cirit-birit, sembelit, gas usus dan sakit perut.
-
Merawat penyakit kuning dan kerosakan hati akibat ubat-ubatan.
-
Merawat kusta, pneumonia, tuberkulosis, gonorea dan sifilis.
-
Merawat malaria, kolera, leptospirosis, rabies, sinusitis.
-
Kurangkan jangkitan saluran pernafasan.
-
Kurangkan sakit sendi (artritis)
-
Agen antikanser
-
Boleh dijadikan julap iaitu ubat pencuci perut.
-
Merawat gigitan ular.
-
Membantu kitaran haid yang tidak teratur.
-
Meningkatkan pertahanan badan dan ciri melawan virus.
-
Mengelak pengumpulan kolesterol pada salur darah.
-
Melancarkan pembuangan air kecil.
-
Meneutralkan toksin.
-
Mengurangkan masalah gout.
-
Meningkatkan prestasi buah pinggang.
-
Mempercepatkan pembakaran lemak.
Dapatkan produk hempedu bumi
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/8pfWlQRoBd?

No comments:
Post a Comment