Lupar ialah istilah tempatan digunakan penduduk di Sarawak
merujuk kepada pelampung ikan atau juga dikenali sebagai otolith atau bezoar
dalam sesetengah spesies ikan.
Lupar dikatakan mempunyai nilai yang tinggi di kalangan
peminatnya. Nilainya boleh mencecah sehingga RM10 ribu sebiji. Antara lupar
bernilai tinggi adalah dari ikan terusan.
Lupar mendapat permintaan untuk tujuan perubatan tradsional
Cina yang dipercapai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi,
jantung dan kecergasan dalaman.
Lupar juga dijadikan barang koleksi dan eksotik. Disebabkan
sukar didapati, lupar menjadi rebutan pengumpul barang eksotik, terutama dari
China dan Hong Kong.
Lupar bukan sekadar organ dalaman ikan, tetapi kini menjadi
"emas putih" yang dicari dalam dunia eksotik. Untung siapa yang menjumpa,
tapi bukan semua bernasib baik.
No comments:
Post a Comment