Penduduk di kepulauan delta Sungai Kelantan,
kawasan jajahan Tumpat, seperti Pulau
Pantai Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Teluk
Renjuna, Pulau Aur, Pulau Tongkang dan Pulau Pantai Baru perlu ke dataran utama
menaiki bot jika ingin mendapatkan juadah berbuka di bazar Ramadan.
Namun
tahun ini (2024), penduduk bekenaan tidak perlu lagi pergi jauh ke dataran
utama untuk mendapatkan juadah berbuka apabila di Pulau Renjuna kini telah beroperasi
bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis kuih, air dan buah-buahan.
Tapak
bazar Ramadan itu dibina berhampiran tepi sugai, berhampiran dengan Klinik
Kesihatan Teluk Renjuna. Kawasan tebing sungai yang kini lebih luas dan datar
apabila dibina benteng menahan hakisan.
Pemilihan
kawasan tersebut juga kerana ia tidak jauh dari jeti bagi memudahkan penduduk
dari pulau lain datang dengan menaiki bot.
Bazar Ramadan di pinggir sungai anjuran Masjid Mukim Teluk Renjuna ini turut menyediakan tapak atau tempat untuk berbuka. Beli di bazar dan kemudian berbuka di tepi sungai dengan pemandangan indah. Selepas berbuka boleh terus bersembahyang Maghrib di masjid yang terletak tidak jauh daripada situ.
Dengan
beroperasinya bazar Ramadan di Pulau Renjuna bukan sahaja memberi kemudahan
kepada penduduk mendapatkan juadah berbuka, tetapi juga memberi peluang kepada
penduduk berniaga dan menjana pendapatan.
No comments:
Post a Comment