Pada tahun 1982, ketika pakar arkeologi dah
ahli sejarah semakin aktif menggali tapak runtuhan tapak paling kontroversi,
mereka menjumpai sejumlah 300 tengkorak dan kerangka manusia.
Tapak runtuhan kota Pompeii, merupakan ibu kota
bagi Empayar Rom pada masa dahulu. Pompeii merupakan sebuah bandar menempatkan
kediaman mewah, villa, rumah mandian, pejabat pentadbiran dan istana pembesar
dan raja sewaktu zaman kegemilangan.
Menurut kajian, jumlah penduduk yang pernah
mendiami kota ini dianggarkan lebih daripada 5,000 orang penduduk.
Tetapi segala-galanyanya lenyap hanya dalam
satu malam sahaja. Kota Pompeii mengalami bencana alam paling dasyat dalam
sejarah. Letusan besar Gunung Berapi Vesuvius telah direkodkan berlaku pada
tahun 79 Masehi.
Tiada asbab dapat menghalang. Lahar gunung
berapi semakin rakus menjarah seluruh bandar. Kota ini lumpuh dan mengalami
kemusnahan sepenuhnya.
Semasa kejadian, di satu bangunan gudang
penyimpanan bot kapal, keadaan di dalamnya sedang padat dan sesak dimasuki oleh
300 orang penduduk berlindung untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Orang tua mengigil satu badan, teriakan
anak kecil dan golongan wanita telah longlai tiada upaya berada dalam keadaan
bingung pasrah terpaksa menerima ketentuan takdir. Itulah dialami oleh 300
orang penduduk sedang berlindung dalam bangunan ini.
Debu dan lahar api Gunung Berapi Vesuvius
tersebar membajiri seluruh kota, akhirnya 300 orang penduduk yang berlindung itu
telah mati kelemasan dalam keadaan bersesak sebelum jasad mereka dibaham oleh
api marak dalam bangunan penyimpanan bot tersebut.
Terima kasih kepada penulis asal.
No comments:
Post a Comment