Monday, 22 April 2024

CARA DAPAT HASIL JAGUNG TERBAIK

 
Kisahnya, terdapat seorang petani yang menanam jagung berkualiti tinggi. Setiap tahun dia memenangi anugerah untuk tanaman jagung terbaik. Namanya cukup terkenal sebagai penanam jagung yang berjaya.
 
Kejayaan penanam jagung itu mendapat perhatian wartawan. Sekumpulan wartawan mengadakan sesi temu bual dengan petani tersebut.  
 
Wartawan 1: Bagaimana cara anda menghasilkan baka jagung terbaik?
 
Petani: Dengan membuat kajian dan kacukan jagung menggunakan baka terbaik.
 
Wartawan 2: Bagaimana ada boleh mengekalkan baka yang dihasilkan itu terus menghasilkan buah yang terbaik sehingga anda kekal mendapat anugerah setiap tahun?
 
Petani: Caranya dengan berkongsi benih baka baik dan berkualiti itu dengan petani-petani lain yang turut menanam jagung di kawasan berhampiran ladang saya.
 
Wartawan 3: Mengapa cara berkongsi baka baik itu dianggap cara untuk mengekalkan kualiti jagung anda dan tidak itu satu tindakan merugikan kerana pesaing anda juga akan mendapat hasil yang baik?
 
Petani: Ia bukan tindakan merugikan saya, bahkan banyak memberi keuntungan.
 
Wartawan 3: Mengapa kamu mengatakan begitu?
 
Petani: Tidakkah anda tahu bahawa dalam kebanyakan penghasilan hasil pertanian banyak bergantung kepada hasil pendebungan, selain penjagaan dan pembajaan yang baik?
 
Wartawan 2: Tahu.
 
Petani: Angin mengambil debunga daripada jagung yang masak dan memusingkannya dari ladang ke ladang. Jika jiran saya menanam jagung rendah, pendebungaan silang akan terus merendahkan kualiti jagung saya.
 
Wartawan 1: Oiiii begitu.
 
Petani: Jika saya ingin mendapat hasil jagung yang baik, saya mesti membantu jiran saya menanam jagung yang baik juga. Pada masa sama, saya terus melakukan kajian dan berusaha melakukan amalan pertanian yang baik untuk mendapat hasil yang lebih baik berbanding orang lain.
 
Wartawan 3: Terima kasih di atas perkongsian ini. Ini selayaknya mendapat yang terbaik dengan usaha yang dilakukan.
 
Begitu juga dengan kehidupan kita. Mereka yang ingin hidup bermakna dan baik mesti membantu memperkayakan kehidupan orang lain.
 
Dan mereka yang memilih untuk bahagia mesti membantu orang lain mencari kebahagiaan, kerana kebajikan masing-masing terikat dengan kebajikan semua.

No comments:

Post a Comment