Kementerian
Pengangkutan (MoT) merangka pelan perancangan dalam
memastikan impak positif projek memberi limpahan ekonomi kepada penduduk
setempat apabila projek kereta api Laluan Rel
Pantai Timur (ECRL) mula beroperasi kelak.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer adalah
projek infrastruktur rel yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu
Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Selangor di Pantai Barat Semenanjung.
MoT berkata PLANMalaysia melalui Kajian
Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL) yang
dilaksanakan, pula bertujuan memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang
jajaran ECRL dan sekitar stesen, termasuk pembangunan pelaburan Projek Pemacu
Ekonomi (EAP).
Pelan cadangan terperinci di dalam
PeGTaECRL bagi Kelantan melibatkan dua stesen ECRL iaitu stesen Kota Bharu dan
Pasir Puteh.
Antara cadangan utama bagi Stesen ECRL di
Kelantan adalah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang merupakan perbandaran
baharu untuk kawasan Ketereh manakala di Pasir Puteh merangkumi cadangan
pembangunan hab logistik.
Cadangan pelabuhan darat di Bandar Baru Tok
Bali pula akan memperkukuh stesen Pasir Puteh sebagai hab kargo untuk Kelantan
dan Terengganu.
No comments:
Post a Comment