Wednesday 3 July 2024

BRANYAS PEGANG REKOD ORANG TERTUA DI DUNIA

 
Maria Branyas Morera dilahirkan pada 4 Mac 1907 merupakan warganegara Amerika-Sepanyol. Beliau adalah orang tertua di dunia yang masih hidup yang diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Records.
 
Beliau menjadi orang tertua yang disahkan masih hidup sejak kematian Lucile Randon(119 tahun) dari Perancis pada 17 Januari 2023.
 
Branyas dilahirkan di San Francisco, California, Amerika Syarikat adalah anak kepada pasangan Joseph Branyas Julia (1877–1915) dan Teresa Morera Laque (1880–1968). Keluarganya berpindak ke San Francisco pada 1906, setahun sebelum dia dilahirkan.
 
Keluarganya kemudian mengembara ke New Orleans, dan dari situlah kemudiannya bertolak ke Olot, Catalonia, Sepanyol pada 1915. Dia tinggal di Sepanyol sehingga sekarang.
 
Pada April 2020, ketika berusia 113 tahun, Branyas disahkan positif Covid-19, dan berjaya pulih sepenuhnya.
 
Dengan mencapai usia 100 tahun, Branyas termasuk dalam kategori “centernarian” Centenarian adalah orang yang telah mencapai umur 100 tahun. Oleh kerana jangka hayat di seluruh dunia berada di bawah 100, istilah centernarian selalu dikaitkan dengan umur panjang.
 
Menariknya, dengan mencapai usia 117 tahun, Branyas layak pula digelar “supercentenarian’. Gelaran supercentenrian diberikan kepada mereka yang melepasi hari lahirnya yang 110. Ia dicapai oleh kira-kira satu dalam seribu centenarians.

 
Maria Branyas Morera (umur 4 tahun) duduk di atas palang kayu bersama keluarga pada 1911,

No comments:

Post a Comment