Friday, 24 July 2026

MAKSUD PERKATAAN CAKEP

 
Maksud perkataan "cakep". Perkataan "cakep" ialah slanga bahasa Indonesia yang bermaksud kacak (untuk lelaki) atau cantik dan elok (untuk wanita atau sesuatu pemandangan).

Ia berasal daripada bahasa basahan (tidak formal) yang sering digunakan dalam perbualan harian, drama, atau media sosial.

Perkataan cakep boleh disamakan dengan perkataan ‘osem’ untuk menzahir rasa kagum, pujian, menarik, hebat, terispirasi, amat baik dan segala maksud yang membawa maksud baik. 

Kalau di Kelantan, ada perkataan yang seerti dengan cakep iaitu ‘kemah keming’ atau ‘kemah boh’ atau ‘kemah’. Perkataan lain ialah 'rapat jit''. 

Perkataan ‘kemah’ adalah dalam dialek Kelantan yang sama maksud dengan ‘kemas’ mengikut bahasa baku. Namun, perkataan kemah yang diucapkan dengan intonasi tertentu memberi maksud yang lebih mendalam. 

No comments:

Post a Comment