Program Ukhwah MADANI Komuniti Cina Kota Lama. Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri,
Negeri Kelantan telah melaksanakan program tersebut bertempat di Medan Selera 66, Kubang Pasu, Kota Bharu.
Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM, Mohd Khailani bin Ismail, menekankan bahawa
semangat ukhuwah melalui Malaysia MADANI mampu memperkukuh perpaduan serta
membentuk masyarakat yang bersatu, saling menghormati dan bertanggungjawab.
Pengukuhan perpaduan antara kaum amat penting dilakukan
memandangkan rakyat Malaysia terdiri masyarakat majmuk yang berlain kaum dan
agama anutan.
Justeru, amat penting penekanan peranan masyarakat setempat
dalam memperkukuh keharmonian dan kerjasama antara kaum.
Perpaduan amat penting sebagai asas kestabilan dan
keharmonian negara. Negara yang stabil mampu menyediakan suasana kehidupan yang
lebih baik kepada rakyat terutama penyediaan peluang pekerjaan, kemudahan asas dan
sosialekonomi yang kondusif.

No comments:
Post a Comment