Friday, 28 March 2025

KELUARGA ITU

 
Keluarga Itu ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Ia merupakan siri ketiga dalam francais Itu karya Erma Fatima selepas Perempuan Itu dan Lelaki Itu.
 
Kisah Keluarga Itu adalah berkisar kehidupan keluarga Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida) dipenuhi dengan konflik dan perjuangan yang menguji kekuatan mereka. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, mempunyai empat anak Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis), dan Dhini (Duerra Miltilda). Namun, meskipun Iman terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya.
 
Gambar – Peminat Keluarga Itu.