Majoriti pengundi sudah sedar kesilapan mereka menolak UMNO pada PRU 14 dahulu. Mereka terlalu percayakan sisi buruk yang disensaikan oleh pembangkang ketika itu. Dan mereka juga terpengaruh dengan janji-janji yang tidak mampu ditunaikan.
Pengundi muda yang banyak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU 15 tidak mendapat apa yang mereka harapkan pada janji-janji PH. Kebaikan yang diharapkan, kecelakaan besar terhadap negara yang mereka dapat.
Janji hapus bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penghapusan tol, peluang pekerjaan, penurunan harga petrolium dan segala macam janji tidak ditunaikan sepanjang 22 bulan PH memerintah.
Jadi, pada PRU 15 nanti tidak ada lagi janji bukan-bukan yang boleh ditawarkan oleh mana-mana parti. Ini banyak memberi kelebihan kepada UMNO yang telah terbukti berjaya sepanjang pemerintahan terdahulu. Apa yang dilakukan oleh UMNO adalah realiti yang mampu dilakukan.
Namun, peluang ini perlu diterjemahkan melalui perpaduan dalaman parti UMNO sendiri. Kalau sesama pemimpin UMNO sendiri saling bertelagah, maka peluang untuk menang akan tipis.
Tidak sepatutnya ada di kalangan pemimpin UMNO sendiri yang cuba menjatuhkan presiden. Serang presiden samlah meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Siapa yang pilih presiden jika bukan ahli sendiri.
Yang duduk serang presiden itulah yang pada masa dahulu mengangkat presiden pada kedudukan sekarang. Jadi, mengapa pula sekarang ingin diserang dan dimalukan.
Kalaupun tidak suka dan ingin menaikkan pemimpin lain sebagai presiden, tunggulah masa pemilihan parti nanti.
Semasa pemilihan parti nanti, pilihlah mana-mana pemimpin yang menawarkan untuk pelbagai peringkat jawatan yang ada. Dari paling bawah di peringkat cawangan, bahagian dan yang tertinggi di peringkat pusat.
UMNO parti terbuka memberi peluang kepada ahli untuk menentukan siapa yang ingin dijadikan pemimpin menerajui parti. Pilihlah mana-mana pemimpin yang difikirkan layak dan mampu melaksanakan amanah.
Buat masa sekarang tumpukan kepada usaha untuk memperkukuhkan parti. Cara paling ampuh memperkukuhkan parti ialah taat kepada pemimpin dan elak sebarang perbalahan sesama sendiri.
Ketepikan dahulu soal siapa bakal menjadi perdana menteri. Perkara penting sekarang ialah menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO.
Masyarakat yang baik adalah masyarakat yang saling hidup dengan aman dan harmoni meskipun ada perbezaan pandapat dan cita-cita. Perpaduan adalah syarat utama untuk menjamin kekuatan dan keberadaan parti dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara.
Renungkan peringatan Allah sepertimana firman yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah (ajaran dan panduan daripada Allah) dan janganlah kamu berpecah-belah.” (Surah Ali Imran, ayat 103)
No comments:
Post a Comment