Friday 6 January 2023

KETUA TERTINGGI ANGKATAN BERSENJATA BAGI MALAYSIA

 
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara berperanan sebagai ‘payung’ atau pelindung kepada seluruh rakyat Malaysia. Peranan sebagai Ketua Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada persoalan mengenai keselamatan keseluruhan Persekutuan Malaysia.
 
Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan juga meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata bagi Malaysia.
 
Peranan institusi Raja dalam memayungi agama Islam di negara ini juga membuktikan bahawa institusi Raja di negara ini adalah bersifat fungsional, bukannya bersifat lambang atau boneka semata-mata.
 
Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam di negeri-negeri baginda, manakala bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri berkenaan.
 
Baginda akan dirujuk dan apa-apa perkara berkaitan agama Islam serta baginda berhak untuk menegur dan membetulkan yang mana yang perlu serta memberikan cadangan mengenai apa-apa perkara berkaitan pelaksanaan Islam di negara ini.
 
Fungsi baginda itu adalah selari dengan Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam dalam negeri naungan baginda yang mempunyai kuasa atas hal ehwal Islam.

Segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh baginda sebagai ketua agama Islam tidak boleh dipersoal atau dipertikai.

No comments:

Post a Comment