Thursday 31 August 2023

MENGHAYATI SEMANGAT MERDEKA

 
Merdeka. Merdeka. Merdeka, Laungan keramat 31 Ogos 1957 tanda negara telah merdeka. Bebas daripada kuasa penjajah.
 
Namun, apakah gunanya merdeka jika jiwa masih kolot dan jumud? Apakah gunanya negara berpotensi hebat tetapi masih dengan minda yang terperangkap? Apakah gunanya merdeka jika masih ramai lagi terdesak dan terkurung dengan kesusahan pendapatan yang tidak berubah daripada 80-an, 90-an dan sehingga kini?
 
Merdeka bukan sahaja daripada penjajah. Banyak yang kita perlu usahakan untuk mengisi erti kemerdekaan sebenar.
 
Rakyat perlu dibangkitkan dengan semangat membina negara bangsa dengan bersungguh-sungguh melalui penghayatan dan pengamalan, bukan semata-mata slogan dan retorik.
 
Jiwa merdeka adalah semangat perpaduan dan kerjasama. Padamkan api perkauman dan agama. Islam tidak pernah mengajar umatnya memusuhi mana-mana penganut agama lain yang tidak mengancam kedudukan Islam.  
 
Sebarkan kasih sayang dan kenal mengenal sesama rakyat, bukannya perasaan iri hati, curiga dan persengketaan.
 
Jiwa merdeka tidak jumud atau taasub semata-mata. Fikiran menerjah dalam segenap kebijaksaan dan kematangan. Tahu membezakan antara baik dan buruk,
 
Kerja pembodohan rakyat perlu dimurnikan dengan proses mencerdikan rakyat dalam bernegara dan beragama. Sebarkan ilmu dan kebenaran.
 
Cerdikan rakyat dengan politik idea, progresif dan matang. Bukan politik indoktrinasi sesat. Politik yang menghancurkan.
 
Bangkitkan kefahaman tentang budaya kritis dan berfikir yang menjauhkan rakyat daripada terperangkap dengan 'penunggang agama'. Berpolitik ikut cara agama, bukan menunggang agama tutup perbuatan keji.
 

No comments:

Post a Comment