Monday 7 August 2023

SENARAI KESILAPAN PERJANJIAN KERAJAAN PAS KELANTAN

 
Perjanjian adalah satu bentuk kontrak yang mengikat pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian agar mematuhi kandungan perjanjian. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perjanjian boleh dibawa ke muka pengadilan oleh pihak lain yang menanggung kerugian akibat ketidakpatuhan perjanjian untuk mendapat ganti rugi.
 
Kerajaan Pas Kelantan banyak terlibat dalam perjanjian yang mana pihak kedua tidak mematuhi perjanjian sehingga menyebabkan kerajaan Pas Kelantan menanggung kerugian. Namun, tindakan membawa kes ke mahkamah tidak dilakukan kerana menyedari bahawa ada berlaku kesilapan dalam perjanjian.
 
Antara kesilapan perjanjian yang mendatangkan kerugian kepada Kelantan ialah:
 
- Perjanjian Bekalan Air dengan Thames Water pada 1994 telah mengakibatkan Kerajaan Negeri Kelantan kerugian sebanyak RM100 juta iaitu RM50 juta dibayar pada Thames Water untuk ambil alih saham dan RM52 juta dalam bentuk kerugian yang ditanggung oleh Kelantan Water Sdn Bhd.
 
Pada November 1992 kerajaan Pusat telah menawarkan untuk mengambil alih Bekalan Air Kelantan, namaun ia ditolak oleh kerajaan negeri Kelantan.
 
- Sydex Corp telah buat projek usahasama Kota Nawira dengan kerajaan negeri Kelantan membabitkan tanah seluas 3.75 ekar di kawasan Wakaf Mek Zainab sejak 2008 yang mana Sydex menjanjikan rumah awam kos rendah bersekali dengan pembangunan kawasan.
 
Projek itu gagal dan dikategorikan oleh KPKT sebagai projek terbengkalai sebelum ini dan diselamatkan oleh KPKT. Pemaju hanya perlu membayar RM740K sahaja untuk tanah bernilai tinggi itu, dan 10 peratus hasil dari keuntungan jualan.
 
- Tanah Bengkel Mekanikal MPKB di Batu 2 Jalan Kuala Krai adalah usaha sama bersama Alam Daya Maju untuk pembangunan Batuta Ville, terbengkalai begitu sahaja hingga ke hari ini tanpa diketahui apakah statusnya.
 
- Bandar Baru Dabong. Projek usaha sama Bandar Baru Dabong dengan KPK, (Kompleks (Perkayuan Kelantan) atas tanah seluas 45.567 hektar, dan projek ini dikatakan telah dibatalkan JVnya oleh pemaju, dan "didakwa juga", pemaju membuat tuntutan kepada KPK sejumlah RM1.524 juta wang yang telah dihabiskan kepada beberapa pihak berkepentingan dan induvidu.
 
Perbelanjaan itu termasuklah membeli sebuah Toyota Fortuna bernilai RM200 ribu, membayar perbelanjaan luar negara seorang Exco RM50 ribu dan membiaya membeli 10 ekor lembu korban dengan harga RM32 ribu. Dibuat pembatalan perjanjian secara sah.
 
- Bandar Baru Tunjong, Pada Mac 2013 diadakan Majlis Penyerahan Surat Pinjaman Mudah untuk berniaga di Dataran Rakyat Tunjung. Sebelum ini digambarkan kawasan Facade Dataran Rakyat ini mudah dimasuki dengan tiada bangunan di hadapan tetapi kini dibina sederet bangunan oleh pemaju hingga menutup pandangan Pasar Dataran Rakyat itu dari arah Jalan Kuala Krai.
 
- Kesilapan Perjanjian Lembah Sireh yang diakui oleh TMB Kelantan, Perjanjian antara Liziz Standaco Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri dengan mengambil tanah seluas 1000 ekar dengan bayaran premium RM1 ribu seekar.
 
Perjanjian asal melibatkan beberapa perkara seperti stadium wanita, masjid, Jambatan Palekbang bermula 2002 lagi. Dikatakan Kerajaan Negeri tidak dapat semua itu kerana kesilapan perjanjian yang mana syarikat terpaksa menyerah semula 300 ekar kepada Kerajaan Negeri dan maka dengan sebab itu syarikat tidak perlu lagi memenuhi janji mereka.
 
- Program Ladang Rakyat yang melibatkan pajakan tanah kepada syarikat dan akhirnya syarikat tidak mampu membayar pajakan dan tanah telah dilelong. Dalam laporan Audit Negara menyatakan Kerajaan mendahulukan wang Negeri untuk membayar kepada peserta ladang rakyat bilamana syarikat pemajak tidak membayar wang yang sepatutnya.
 
- Perjanjian memajukan Che Siti Village pada 2013 di antara PMBK dengan Sara-Timur Sdn Bhd. Perjanjian itu melibatkan tanah di Tunjong yang konon akan dibangunkan kondo dan pusat membeli belah ala Istanbul, namun akhirnya syarikat itu telah angkat kaki dan syarikat usaha sama dikatakan digulung dan yang paling menyedihkan tanah dilelong oleh bank.
 
- Perjanjian Karbon Trading, Pada 2016, Kerajaan Ngeri Kelantan kononnya telah mencipta sejarah di Malaysia kerana telah berjaya mengikat perjanjian menjual 1 juta ekar Offset Karbon yang ada di hutan Kelantan dan bakal menerima bayaran sebanyak RM50 Juta,
 
Perjanjian itu melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan dengan Climate Protector Sdn Bhd. Tapi akhirnya ditipu oleh Syarikat milik TS Tang yang mana syarikat itu sebenarnya mahu gunakan perjanjian dengan Kerajaan Kelantan untuk ’menipu’ Pasaran Cryptocurrency Jepun dengan menjual ECOBIT NEM Blockchain.
 
Ramai pelabur Jepun tertipu bila syarikat ECOBIT berjaya mengutip beratus juta di pasaran CryptoCurrency.
 
Senarai di atas tidak termasuk projek kerajaan negeri yang tidak mendatangkan keuntungan dan kemudiannya terpaksa dihentikan.
 
 

No comments:

Post a Comment