Saturday 4 November 2023

KUKUHKAN INSTITUSI KELUARGA

 
Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) adalah sebuah acara tahunan yang diadakan pada bulan November setiap tahun di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penglibatan semua pihak dalam mengukuhkan institusi keluarga dalam sosioekonomi negara.
 
Sesebuah negara akan menjadi hebat melalui penerapan nilai murni yang dipupuk bermula dari institusi keluarga. Penerapan nilai murni, menjadi asas kepada pembentukan masyarakat dan negara Madani.
 
Negara Madani boleh dipupuk dan diangkat bermula dari institusi keluarga. Penerapan itu yang bermula dari institusi keluarga, menjadikan masyarakat Malaysia terlatih untuk berkasih sayang dan bersifat rahmah.
 
Dunia sekarang seperti mana dipaparkan saban hari tentang kekejaman dan keganasan di Gaza membuatkan kita tersentuh hati nurani, sebab kita dilatih untuk kenal apa itu ihsan, kasih sayang, rahmah dan erti kemanusiaan.
 
Penerapan nilai, akhlak dan kemanusiaan tidak boleh diabaikan, dalam usaha membina negara kerana tanpanya amalan kemungkaran, rasuah dan penyelewengan akan berleluasa.
 
Kadang-kadang dalam membina negara nilai-nilai ini tidak sangat ditekankan, sebaliknya yang sering ditekankan ialah soal pembangunan, ekonomi dan pekerjaan. Itu petanda keruntuhan atau bibit-bibit permulaan keruntuhan sesebuah negara.
 
Kejayaan pembinaan institusi keluarga turut menjadi penanda aras penilaian terhadap keupayaan kepimpinan seseorang pemimpin.
 
Nilai-nilai murni menjadi tunggak dan perlu dipupuk sejak awal menerusi institusi kekeluargaan. Ia sekali gus, mengangkat tamadun negara seiring kemajuan pembangunan, dengan meninggalkan amalan rasuah dan penyelewengan. 
 
Sebab Madani menekankan soal nilai, akhlak dan kemanusian, yang mana dalam pembinaan negara tidak ditekanka kerana ditekankan pembangunan, ekonomi. Semua itu penting tetapi negara akan menjadi hebat apabila tamadun terangkat jika dipupuk nilai terdirinya tamadun besar tetapi sebaik saja nilai itu runtuh, negara boleh maju, teknologi makin tinggi tapi nilai mulai runtuh menyebabkan kemungkaran, rasuah penyelewengan diizinkan. Itu petanda bibit permulaan runtuhnya tamadun .Dari mana kita pupuk ini? Dari keluarga.
 

No comments:

Post a Comment