Ching Peng, Setiausaha Agong Parti Komunis
Malaya (PKM) pada penghujung hayatnya ingin pulang ke Malaysia sepertimana ditawarkan
oleh kerajaan Malaysia sepertimana semasa Perjanjian Haadyai. Bagaimanapun,
permohonan beliau ditolak kerana tawaran ini telah tamat tempoh.
Pada 4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan
saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan memasuki dan menetap
di Malaysia dan menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara
dan Panglima Angkatan Tentera sebagai defendan.
Chin Peng mendakwa beliau berhak balik ke
Malaysia kerana dia berasal dari Malaysia sejak dilahirkan pada 20 Oktober,
1923 di Sitiawan, Dinding, Perak dan dibesarkan di Malaysia. Dia mendakwa
kelahirannya didaftarkan dan juga memiliki salinan asal sijil itu.
Namun permohonan itu ditolak antara lain
berpunca kegagalan menunjukkan sijil kelahiran untuk membuktikan dia rakyat
Malaysia.
Dokumen itu penting untuk menentukan status
Chin Peng kerana Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod
kelahiran Chin Peng.
Mahkamah Tinggi memaksa Chin Peng
mengemukakan sijil kelahiran dan kewarganegaraannya bagi membuktikan bahawa dia
adalah warganegara Malaysia sebelum membenarkannya meneruskan permohonan bagi
mendapat pengisytiharan bahawa dia boleh menetap di negara ini.
Usaha pertama Chin Peng untuk mendapat
pengisytiharan itu ditolak apabila Mahkamah Tinggi menolak saman pemula selepas
dia gagal mematuhi peraturan mahkamah untuk mengemukakan sijil kelahiran dan
kertas kewarganegaraan.
Chin Peng kemudian membuat rayuan di Mahkamah
Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Makhamah Rayuan pada 20 Jun
2008 menolak permohonan tersebut dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik
Ishak mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa dia perlu
mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah
rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan
Malaysia.
Abdul Malik Ishak, dalam keputusannya berkata
dokumen itu penting untuk menentukan status Chin Peng kerana Jabatan
Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng.
Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah
Rayuan, Chin Peng meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah
Persekutuan yang bersidang kemudiannya mengekalkan keputusan dua mahkamah
rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan
memasuki negara ini.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine
Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan Datuk Wira Ghazali
Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran
untuk rayuan.
Dalam prosiding rayuan itu, peguam Chin Peng,
Raja Aziz Addruse, menegaskan bahawa bukti kewarganegaraan tidak diperlukan
bagi pemohon untuk menunaikan haknya memasuki Malaysia kerana ia juga boleh
dibuktikan dengan memanggil adik atau gurunya untuk memberi keterangan.
Katanya, mengikut klausa 3(1) perjanjian
damai antara kerajaan dan PKM bertarikh 2 Disember, 1989, anggota PKM yang
berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia perlu dibenarkan berbuat
demikian mengikut undang-undang.
Menurut Raja Aziz, "Mahkamah perlu
meneliti apa makna "asal Malaysia". Adalah menjadi tugas mahkamah ini
untuk menterjemah perjanjian antarabangsa.
Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin
Peng tidak termasuk dalam golongan ditawarkan untuk kembali ke Malaysia kerana
tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana
yang disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut.
Tawaran pengampunan yang diberikan semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009 yang lalu, adalah dengan syarat pihak PKM membubarkan parti serta ideologi komunis mereka.
Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh yang juga bekas pemimpin PKM dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng.
Tawaran pengampunan yang diberikan semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009 yang lalu, adalah dengan syarat pihak PKM membubarkan parti serta ideologi komunis mereka.
Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh yang juga bekas pemimpin PKM dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng.
Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan
bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia
malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.
Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia
pada usia 90 tahun, di Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi 15 September 2013.
Selepas kematiannya, timbul polimik apabila ada pihak ingin membawa pulang abu
mayatnya dan ingin disemadikan di Sitiawan, Perak, tempat yang didakwa tanah
tumpah darahnya. Sedangkan pihak kerajaan melarang usaha
tersebut.
Mengapa masih ada usaha pihak-pihak tertentu
untuk menobatkan mendiang Chin Peng sebagai hero? Chin Peng adalah pengganas.
Itu hakikatnya.
Keputusan kerajaan melarang mayat mahupun abu
mayat mendiang dibawa ke Malaysia adalah tepat. Mediang bukan warganegara
Malaysia. Perkara ini telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Sikap mengagungkan Chin Peng sudah
keterlaluan. Sehingga ada laporan laporan menyatakan tarikh kematian Chin Peng
dikatakan mungkin diubah daripada 15 September kepada 16 September agar sinonim
dengan sambutan Hari Malaysia.
Mengapa Chin Peng hendak dikaitkan dengan
Hari Malaysia, sedangkan tidak ada jasa walau sekecil zarah dalam usaha
penubuhan Malaysia.
Tindakan sesetengan pihak mendakwa kerajaan
pilih kasih dengan membenarkan jenazah teroris, Allahyarham Azahari Husin dan
Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini tetapi melarang Chin Peng tidak
betul. Kita perlu kembali kepada fakta, Azahari dan Nordin kedua-duanya rakyat
Malaysi, sedangkan Chin Peng bukan.
Pihak yang mendakwa kerajaan melangggar
perjanjian damai dengan PKM di Hatyai pada 1989 berkaitan dengan peluang kepada
bekas ahli PKM untuk menjadi rakyat Malaysia juga tidak betul. Dalam perjanjian
itu memang tertulis mengenai peluang untuk bekas ahli PKM memohom menjadi
rakyat Malaysia dan pulang tinggal di Malaysia.
Peluang itu diberikan kepada semua bekas ahli
PKM, termasuk Chin Peng. Namun, peluang atau tawaran itu hanya untuk tempoh
setahun iaitu tamat pada tahun 1990.
Malangnya, mendiang tidak pernah memohon
untuk menjadi warganegara Malaysia sepanjang setahun perjanjian itu dimeterai,
menjadikan haknya telah luput.
Tindakan sesetengah pihak yang menggunakan
'Allahyarham' terhadap Chin Peng amat keterlaluan. Perbuatan itu dilakukan bagi
menggambarkan mungkin di saat akhir hayatnya Chin Peng telah memeluk
Islam.
Semua itu dilakukan semata-mata untuk
mendapat simpati rakyat agar mayat Chin Peng diterima untuk dikebumikan di
Malaysia. Tindakan itu juga bertujuan untuk menjulang bahawa Chin Peng adalah
pejuang kemerdekaan yang perlu dihormati dan disanjung jasanya.
Walaupun sudah meninggal dunia, mendiang
tetap ketua pengganas komunis yang bertanggungjawab membunuh ribuan anggota
keselamatan negara.
Kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin
dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang terutama dalam kalangan
balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam pengganas komunis.
Tidak mungkin veteran polis dan tentera akan
menerima mayat atau abu mendiang sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin
Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu.
Pihak yang menjadikan Chin Peng sebagai idola
perlu menyorot sejarah keganasan komunis membunuh ramai anggota keselamatan
termasuk bekas Ketua Polis Perak dan ribuan lagi yang cacat anggota.
Selain itu, nyawa orang awam juga menjadi
korban angkara keganasan PKM selain banyak wang negara dibazirkan untuk
menghalang keganasan mereka.
No comments:
Post a Comment