Intiusi
ialah daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir
atau membuat pertimbangan secara sedar. Intiusi juga bermaksud gerak hati.
Sebenarnya
intiusi boleh berlaku secara spontan. Sesuatu yang terlintas di dalam hati dan
kemudian membawa kepada pemikiran secara sedar adalah satu bentuk intiusi.
Sepatutnya
kita tidak mudah menganggap intiusi sebagai angan-angan Mat Jenin. Sebenarnya
Mat Jenin tidak patut dianggap berangan-angan. Dia berfikir secara lojik yang
ada rancangannya.
Paling
ketara, Mat Jenin tidak sekadar duduk goyang kaki memasang angan-angan. Mat
Jenin sedang bekerja ketika mengembangkan intiusinya. Dia tidak duduk diam
melayan angan-angan. Sebaliknya kisah Mat Jenin mengajar kita bagaimana
seseorang itu berusaha gigih dan membuat rancangan langkah demi langkah yang
lojik.
Mat
Jenin layak dikatakan berangan-angan jika ingin berkahwin dengan puteri,
sedangkan dia duduk rehat di bawah pokok kelapa. Paling tidak lojik jika upah
petik buah kelapa dianggap mencukupi membolehkan dia meminang puteri.
Tetapi
di dalam cerita Mat Jenin diceritakan bagaimana upah memetik buah kelapa
dijadikan modal membeli telur ayam untuk diramkan. Keuntungan menjual ayam
digunakan pula untuk membeli kambing. Seterusnya Mat Jenin bergelar saudagar
yang berjaya. Setelah berjaya dan yakin kedudukannya sudah dihormati baru Mat
Jenin merancang meminang puteri.
Itu
satu contoh intiusi yang baik. Mungkin Mat Jenin terlintas ingin berkahwin
dengan puteri ketika terlihat wajah tuan puteri. Terdetik dalam hatinya,
alangkah beruntung dia jika dapat berkahwin dengan puteri. Tetapi dia sedar
bukan mudah untuk tertunai keinginan itu. Maka itu Mat Jenin mula memikirkan
satu rancangan bagaimana keinginan itu boleh tercapai.
Biasanya
orang yang lemah terus memberi jawapan negatif. Ah, masakan aku dapat berkahwin dengan puteri. Siapalah aku? Itulah
sikap orang yang lemah.
Itulah
punca kegagalan paling besar. Kita sendiri mengatakan diri kita akan gagal sebelum kita berusaha. Kita sendiri
menetapkan had kejayaan kita. Walaupun mulanya kita telah mengatasi gambaran
diri sendiri, tetapi tidak lama bertahan. Kita kembali meletakkan kelemahan
diri sebagai penghalang.
Sebenarnya
kehidupan ini adalah bergantung kepada pilihan kita. Jika kita memilih untuk
berjaya, samalah kita boleh memilih untuk gagal. Orang yang berani tentulah
memilih untuk berjaya, kerana dia juga berani untuk gagal jika tidak berjaya. Orang
memilih untuk gagal sebenarnya tidak berani untuk gagal setelah berusaha.
Satu
usaha pengembangan intiusi bukan berasaskan semata-mata kepada anda ingin ia
berlaku. Kekuatan sebenar bergantung
kepada sekuat mana anda berusaha agar ia berlaku.
Mengapa
kita tidak memuji diri sendiri. Sikap tersebut bukan masuk bakul angkat
sendiri. Sebaliknya, ia membuktikan kita
mengetahui kekuatan diri sendiri. Dengan cara itu adalah berkesan untuk
mengekalkan motivasi sendiri.
Memang
sukar untuk kita mendapat ucapan tahniah daripada orang lain sebelum mendapat
sesuatu kejayaan. Sedangkan kita sebenarnya amat mengharapkan ucapan daripada
orang lain untuk meningkatkan motivasi.
Jadi,
tidak salah jika kita memuji diri sendiri sebelum orang lain mengucapnya. Kita
boleh mengucap tahniah kepada diri sendiri atas apa yang kita capai setiap
hari.
Cakap
kepada diri sendiri adalah sebahagian cara untuk memprogram semula minda bawah
sedar. Ungkapan kata-kata memberi kekuatan kepada diri. Apa yang dilakukan
perlu diteruskan, atau diperbaiki jika terdapat kelemahan. Kita perlu membina
kata-kata perangsang, bersemangat, menyakinkan dan mampu mempangaruhi tindakan
kita.
No comments:
Post a Comment