Tuesday 15 June 2021

Kehancuran lebih besar dilakukan Tun Mahathir

The Malaysian Insight pada 15 Jun 2021 melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya telah menyebabkan kehancuran besar kepada negara, kerajaan dan UMNO.

Dr Mahathir berkata walaupun mereka pernah berkawan namun kehancuran yang dilakukan oleh Najib semasa jadi perdana menteri terlalu besar.

Dr Mahathir tidak habis-habis membina persepsi buruk terhadap Najib.

Jika Dr Mahathir tidak mahu bekerjasama dengan Najib, sebenarnya Najib dan seluruh ahli UMNO tidak mahu bekerjasama dengan beliau.

Dr Mahathir menganggap Najib telah menyebabkan kehancuran besar kepada negara, sebaliknya ahli UMNO menganggap beliaulah yang telah melakukan kehancuran lebih besar kepada negara dan UMNO.

Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

No comments:

Post a Comment