Tuesday 10 August 2021

MAKSUD 'MAAL HIJRAH'

Setiap kali menyambut Tahun Baharu Hijrah, kita akan kata Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Perkataan ‘hijrah’ memang kita sedia maklum iaitu merujuk kepada perpindahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

Tetapi, banyak orang tidak faham apa maksud ‘maal’?

Maal adalah perkataan Arab yang bermaksud "bersama".

Jadi, Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

Hijrah haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Perkara yang baik hendaklah dilakukan bersama-sama. Diajak orang lain untuk bersama-sama hijrah.

Selamat Tahun Baharu.

No comments:

Post a Comment