Sunday 3 March 2024

PASAR GOK KAPOR BEROPERASI SEBELAH PETANG

 
Pasar Gok Kapor berkonsepkan pasar petang. Masa operasinya bermula pukul 2 petang sehingga 7 malam setiap hari. Berbeza dengan Pasar Kubang Pasu yang terletak tidak jauh darinya hanya beroperasi pada waktu pagi biarpun bahan jualannya tidak jauh berbeza,
 
Pasar Gok Kapor terletak di Kampung Gok Kapor atau juga dikenali Kampung Cina, berhampiran tepi Sungai Kelantan. Laluan ke Pasar Gok Kapor melalui Jalan Gok Kapor, setelah menemui Bulatan Gok Kapor yang menjadi mercu tanda kawasan berkenaan. 
 
Pasar Gok Kapor terletak 2 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. Keistimewaan Pasar Gok Kapor kerana menjual hasil laut segar dengan harga berpatutan.
 
Sumber hasil laut seperti ikan, udang dan ketam diperoleh dari nelayan pantai di Kampung Kuala Besar dan Pantai Sabak.
 
Selain hasil laut segar, di Pasar Gok Kapor juga terdapat jualan kuih, buah-buahan, keperluan dapur dan ikan kering dihasilkan pengusaha tempatan.
 
Banyak pengunjung datang untuk mendapat kuih muih tradisional untuk hidangan minum petang. Banyak pilihan di sini. Macam-macam ada. Kira pusat sehenti makanan petang.
 
Kedudukan yang lebih tersusun dan selesa menjadikan Pasar Gok Kapor terus menjadi pilihan penduduk berhampiran Kota Bharu, terutama pengguna Jalan Pantai Cinta Berahi. 

No comments:

Post a Comment