Monday, 1 November 2021

MAKSUD 'KEMAH' DIALEK KELANTAN

Maksud "kemah" dialek Kelantan. Banyak orang menggunakan perkataan ‘osem’ untuk menzahir rasa kagum, pujian, menarik, hebat, terinspirasi, amat baik dan segala maksud yang membawa maksud baik. 

Dalam dialek Kelantan, ada perkataan yang seerti dengan osem iaitu ‘kemah keming’ atau ‘kemah boh’ atau ‘kemah’. Perkataan lain ialah 'rapat jit''. 

Perkataan ‘kemah’ adalah dalam dialek Kelantan yang sama maksud dengan ‘kemas’ mengikut bahasa baku.

Namun, perkataan kemah yang diucapkan dengan intonasi tertentu memberi maksud yang lebih mendalam. Membawa maksud satu pujian, kagum, berpuas hati, bangga, setuju dan terharu.

Kemah keming bermaksud sangat kemas atau sangat kuat atau sangat utuh.

Jom, kita ucapkan ‘kemah’ tanda pujian, kagum, inspirasi dan menzahirkan rasa gembira bagi menggantikan perkataan ‘osem’.

Gambar: Rasa teruja sampai di puncak Bukit Gua Kambing. 
Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment