Sunday, 8 July 2018

LAKSAMANA RAJA DI LAUT

Indah sungguh budaya Melayu. Kaya dengan pepatah dan bidalan menjadi panduan hidup. Kata berkias lembut bunyinya, dalam tegas membawa maksud. Kata Hang Tuah, tidak hilang Melayu di dunia. Itu kata Laksamana terbilang, tetapi apa kata anak-anak Melayu sekarang? Anak Melayu milinium menyanggah kata. Apa ada pada bangsa. Kami ingin bebas dan liberal. Jangan halang apa kami ingin lakukan. Soal adab dan sopan tiada nilai lagi. Aduhai anak bangsaku.


LAKSAMANA RAJA DI LAUT

Zapin aku dendangkan
Lagu Melayu
Pelipur hati
Pelipur lara

Cahaya manis kilau gemilau
Di Kampung Tapir indah menawan
Aku bernyanyi berzapin riang
Moga hadirin aduhai sayang jadi terkesan

Kembanglah goyang atas kepala
Lipatlah tangan sanggul dipadu
Kita berdendang bersuka ria
Lagulah zapin aduhai sayang rentak Melayu

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

Membawa tepak hantaran belanja
Bertakhta perak indah berseri
Kami bertandang mewujud budaya
Tidak Melayu aduhai sayang hilang di bumi 

Peting lah gambus sayang lantang berbunyi
Disambut dengan tingkah meruas
Saya menyanyi sampai di sini
Mudah-mudahan hadirin semua menjadi puas

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

No comments:

Post a Comment