Pengguna atau penggemar minuman pracampuran
teruja disebabkan dijanjikan khasiat tambahan yang untuk meningkatkan tenaga
seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng.
Peminum percaya dakwaan pengeluar sehingga
sanggup minum beberapa cawan sehari. Ia menjadi minuman harian dan ketagih.
Hakikat sebenar, kandungan yang didakwa hebat
itu hanya dicampurkan dengan kuantiti yang sedikit sahaja kerana sukar
diperoleh atau harga mahal.
Kuantiti yang sedikit tidak memberi kesan
seperti dijanjikan. Rasa hebat dan bertenaga dirasai peminum sebenarnya hasil
kandungan gula yang tinggi di dalamnya, selain kesan psikoligi.
Tahukah amalan minuman 3-in-1 atau tiga dalam
satu boleh mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan?
Kesan buruk minum 3 dalam 1 berpunca
kandungan gula yang tinggi bagi setiap uncang. Justeru, kegemaran minum 3 dalam
satu perlu dikawal atau dikurangkan.
Maklumat berkaitan minuman pracampuran:
– Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam
setiap pek.
– Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
– Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
– Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
– Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
– Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.
– Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

No comments:
Post a Comment