Tuesday 31 December 2019

KLINIK KESIHATAN POS BROOKE LOJING

Kerajaan tidak pernah mengabaikan Orang Asli untuk mendapat kemudahan kesihatan. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membina Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk kemudahan lebih 1,000 Orang Asli yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.

Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 24 April 2017 dan telah disiapkan pada 30 November 2019 dengan kos kontrak berjumlah RM14,639,777.66.

Klinik Kesihatan Pos Brooke serba lengkap ini menyediakan fasiliti khusus untuk komuniti itu akan memudahkan Orang Asli mendapat rawatan kerana kedudukannya lebih dekat berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka ke klinik sementara di bangunan lama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing.

Dengan adanya kemudahan tersebut masyarakat Orang Asli tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak mendapatkan rawatan.

Selain dapat menerima rawatan, kaum itu juga boleh mengikuti pelbagai program berkaitan kesedaran kesihatan yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lokasi Klinik Kesihatan Pos Brooke yang di tepi jalan utama menghubungkan Gua Musang dengan Cameron Highlands berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke juga memberi kemudahan rawatan untuk para pelajar.



No comments:

Post a Comment