Monday 6 January 2020

CIRI AYAM HUTAN MERAH ASLI

Ayam hutan (Gallus spp) atau ayam liar merupakan sejenis haiwan dari keluarga burung atau ayam yang terdapat di sekitar hutan belukar di negara kita. Di Malaysia dan Indonesia serta negara di Asia Tengara adalah spesis ayam hutan merah.  

Selain di Malaysia serta negara Asia Tenggara, ayam hutan juga ditemui di India dan Sri Langka. Ayam hutan Sri Langka adalah burung kebangsaan bagi Sri Langka.

Ayam hutan adalah sejenis burung besar dengan bulu berwarna-warni pada jantan. Sepertimana kebanyakan burung dalam keluarga merak yang lain, ayam jantan tidak mempunyai peranan dalam pengeraman telur atau membesarkan anak. Tugas-tugas ini dilakukan oleh ayam betina.

Ayam hutan sama atau sedikit berbeza dengan ayam kampung kerana saiznya , warna bulu yang lebih cantik dan kemampuannya untuk terbang dengan pantas seperti burung.

Justeru untuk menangkap ayam hutan bukan mudah. Biasanya memburu ayam hutan perlu dilakukan dengan menembaknya. Cara lain ialah membuat perangkap seperti racik.

Saiz telur ayam hutan juga agak kecil sama seperti ayam kampung dan amat berbeza dengan telur ayam penelur dari segi saiz, warna kulit dan warna kuning telur di dalamnya.

Namun, kini terdapat usaha untuk membuat kacukan antara ayam hutan dengan ayam kampung. Tujuan kacukan antara lain bertujuan untuk menambah bilangan dan ciri-ciri yang dikehendaki.

Sekarang ini ayam hutan dipertandingkan dikenali 'ayam sorak' berdasarkan kepadan bilangan kokokan dalam tempoh masa ditetapkan.

No comments:

Post a Comment